Saturday, January 31, 2009

check2 sound 1 2 3...

ha..anda knal sme Peres?huhu..alor..Presiden Israel tuh..haaa..slalo aku cbuk cter psal dri aku je kn..mlm nih aku tkar mood..nk share brite lak ngn korg..cm bes jek..huhu..meh cni meh..dgr crite kawe~brite nih aku cilok dr slah 1 akhbr tempatan..

PM Turki Sound Peres





PERDANA Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, menyebabkan hadirin Forum Ekonomi Dunia (WEF) terdiam apabila memarahi Presiden Israel, Shimon Peres, kerana menafikan Tel Aviv bersalah mengganas di Gaza dengan berkata: "Kamu bunuh mereka."

Erdogan berang selepas penulis Washington Post yang mempengerusikan majlis, David Ignatius, hanya memberinya 12 minit untuk berucap sedangkan Peres, 85, lantang berhujah selama 25 minit dan merujuk kepada pejuang Hamas sambil bertanya: "Mengapa mereka lancar roket? Gaza tidak dikepung. Mengapa mereka lawan kami, apa yang mereka mahu? Kebuluran tidak berlaku walau sehari di Gaza."

Apabila Ignatius memberinya satu minit untuk menjawab balas, Erdogan menuduh pengerusi itu menyekatnya membalas hujah Peres dengan berkata: "Saya kesal bagi mereka yang bertepuk tangan mendengar kamu bercakap. Kamu bunuh penduduk Gaza. Saya rasa itu adalah salah."

"Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri (Israel) berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus." (gambar 1 dan 2)

Apabila Ignatius cuba menyampuk, Erdogan berkata beliau tidak akan datang lagi ke Davos, meninggalkan ahli panel termasuk Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Setiausaha Liga Arab, Amr Moussa, di pentas ucapan (gambar 3).


bgus2..amacam?macho x PM Turkey..hik2..

-reporter xbtauliah-

5 comments:

  1. hahahaha..
    padan mukaka Israel!!!!

    ReplyDelete
  2. sori, aku ni bute geografi sket, nak tanye satu soalan mudah, menteri turki ni islam ke?

    kalau islam aku kagum dengan beliau sebab berani dan macho.

    kalau bukan, aku still kagum tapi rase malu dengan pemimpin2 islam lain yg kecut, penakut, menyorok, yg die tau kutip derme, amik kesempatan raih publisiti dari isu gaza ni je.

    ReplyDelete
  3. huhu..cuax..ko pun bikin aku cuaks sbb aku pn bute cm ko gaks~hak2..

    tp pe yg aku tao la..turkey nih ngare sekular..dulu aku blaja sekular tuh adelh entiti atao pe2 la yg punyai pmahaman dan pandangan mereke yg sndri..cmne tuh?huhu..cmney la..mmg die ngare islam,tp undg2 die xikot islam..dah dpisahkn antra undg2 islam n civil..hmm..ni yg xbes nk dgr nih..

    cop2~ni pe yg aku fhm la..kalo de antre korg yg rse aku slah,jgn sgan silu nk perbetulkn aku..mekasey2~uhuk2..

    ReplyDelete